~
~
~
Addin
menekan-nekan pangkal hidung.Huh!Toron boron otak aku!!Kena pulak tadi Cikgu
Rosdan mood Krakatoa.Gunung Krakatoa meletup pun tak macam tu!Hatta aku
yang selalu score waktu exam pun dilupanya!!Aku goreng kata buku
tinggal kat bilik dikatanya alasan pasal tak siap kerja.Wassalam kena buat
kerja tambahan untuk kelas.Kena hantar esok pulak tu!Taper..Yang penting Kurt
selamat.I owe him once last year.
“Eh,mana
kau jumpa?”
“Semalam
kau lalok gi letak atas buku aku la tu..”
Kurt
bangun menuju ke tempat duduk Addin. “Addin,buku kau.”
Addin
nganga. “Aik!Mana kau jumpa kat sini pulak?!”
“Aku
pun misteri.”Kurt muka musykil. “Rasanya aku letak atas buku aku malam
tadi.Tiba-tiba gi sekolah ada sekali dengan buku Benz.Dia yang bagi tadi.”
“Benz?”Addin
memastikan sekali lagi.Natrium benzoat yang merosakkan kesihatan tu?!
“A’ah!Apasal?”
“Tarappappa.”Addin
geleng. “Thanks anyway.”Dia sengih pada Kurt.Kemudian dia menjeling
tempat duduk dua baris di belakangnya.Benz senyum Musang Si Guntang
merenungnya.Natrium bromat punya mamat!!Cari pasal ngan aku lagi!!
Betul
nak kena Clorox kuasa dua!
~
~
Petua
kosinus....
...digunakan
kalau nak buat penyelesaian segi tiga kalau (1) diberi dua sisi dan satu sudut
kandung.....(2)diberi tiga sisi......
Pen
di tangan mula menulis formula.
Kalau
dua sisi satu sudut kandung pakai formula a² = b² + c² - 2bc kos A.
Kalau
diberi tiga sisi.....tiga sisi....tiga sisi..... “Addin.”
“Hmm?” Interferens.....adalah fenomena yang
disebabkan oleh tindihan gelombang daripada dua sumber gelombang.Pen di tangan
laju berlari menjawab soalan latihan esei Fizik.
“Addin.”
“Hmm.”
Addin masih tak angkat muka.Garis antinod untuk interferens membina....garis
nod untuk intereferens membinasa.....
“Kau
ingat tak petua kosinus punya formula?” Fisha mengetuk-ngetuk pen pada buku
latihan Add Maths. “Yang kalau dia bagi tiga sisi tu?”
“Petua
kosinus aku tatau.Petua awet muda aku tau.”
“Hish!”
Laju tangan Fisha menampar belakang Addin. “Aku tengah tanya betul-betul ni kau
buat main pulak!”
Addin
sengih selamba.Dia mengalih pandang dari soalan esei Fizik di meja ke wajah
kelat Fisha di sebelah. “Kau ni pun satu....tanya aku.Cuba la tanya orang yang
kira relevan sikit.”
Fisha
menjulingkan mata ke siling kelas. “Kau tak ingat?Aku malas betul nak bukak
buku teks tengok formula.”
Addin
angkat bahu. “Kalau aku boleh nak ingat benda tu,betul aku buat kenduri pulut
kuning.”
“Banyak
la kau.” Fisha ketawa menggeleng.
Addin
hanya sekali lagi mengangkat bahu sebelum kembali kepada soalan interferens.Baik
bagi siap waktu prep malam ni jugak.Tunggu lama-lama nanti buat aku lupa je.Mau
lusa kena kejar dengan Cikgu Rosdan keliling makmal.
“Addin.”
“Hmm?”
“Tahun
ni kita tak buat aktiviti kelas lagi dah ke,eh?”
“Entah.”
Addin angkat bahu. “Tanya Matt dengan DN la kot.” Kena la tanya ketua dengan
penolong ketua kelas.Bukannya besar mana mandat aku dalam kelas ni nak anjur
aktiviti kelas.Sekilas dia memandang Fisha yang dah menongkat kepala dengan
sebelah tangan menatap buku latihan kotak-kotaknya.
“Aku
dah naik juling tengok buku dengan fail MPP.”
“Kau
ingat kau sorang je?” Addin sengih.
Mereka
saling berpandangan.Kemudian sama-sama mengukir sengih dengan kening double-jerk.
“DN.....!” Panggilan mendayu dengan enam harkat.
~
~
~
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life I used to know
“Kau perasan?”
“Apa?” Addin mengalih
pandang pada Fisha yang tiba-tiba bertanya.
“Dia tak menyanyi
pun.Bukak mulut pun tak.”
“Siapa?” Kening Addin terangkat
sebelah.
“Benz.”
“Suara dia sumbang la tu.”
Where every smile
Was born out of a love and of sincerity
And every tear of overflowing joy
“Korus!!”
~
~
~
“Huish!Biar
bonar!”
Air-Jee,Lee,Eady dan K-oi dah
terguling ketawa bagai nak gila di atas gelanggang bola keranjang.Im dah
terlepas bola yang tengah dipusing di atas telunjuk kanan.A-Cid hampir
tersembur air yang baru nak menuruni rengkung.Juki yang tengah duduk atas bola
terduduk terus ke atas simen gelanggang.Gamat suasana di tengah gelanggang bola
keranjang tu.Semua pemain tengah bersidai bersidang di tepi D gelanggang.Hanya
seorang je yang masih dengan alley-oop tak berhenti.
DC yang baru lepas memberi perutusan
tu sengih selamba.Syed Zam si Naib Presiden di sebelahnya pun muka sama je.
“Kau ni biar betul.” Ed memandang room-matenya
si presiden kelab tu dengan muka mencari jawapan.Ketawanya hampir nak pecah balik.
“Mau tercalar imej weh....” Ayad
menggaru kepala yang tak gatal dengan sengih menggeleng.
“Heh...menarik,apa?” Syed Zam
sengih. “Kita kan ramai player.”
“Maksud habis ambiguous.” Lee
dah kembali ketawa terguling. “Berkias tahap tak ingat.”
“Memang sungguh betul la ni?” Razak
pulak bertanya kembali mencari kepastian dengan ketawa masih bersisa.
“Betul la ni.Ada gaya aku tengah
buat lawak ke?” DC menutur selamba. “Aku kira keluar kuasa diktator ni.” Dia
sengih keji.
“Tapi aku tak kisah je sebenarnya.”
Ayad sengih dengan kening double-jerk. “Tara hal.”
“Player through and through.”
Haris kembali melantun bola di tangan ke atas gelanggang yang tadi terhenti
selepas mendengar titah veto si DC. “Aku on je.” Dia sengih.
Mata DC meniti tujuh belas muka yang
memandangnya tu,menanti kata putus.Semuanya kini hanya menganguk dengan sengih.
“Bring it on.”
“Aku in.”
“Boleh je.”
“OK.”
“Benz?”
Tujuh belas pasang mata yang tadi di
muka DC kini beralih ke arah dalam D.Bola melayang tinggi di tengah udara,licin
melungsur masuk menerusi keranjang dan jatuh kembali melantun ke simen
gelanggang.Ditangkap dengan sebelah tangan.
Benz bepaling ke arah DC yang
memanggil dengan tangan masih melantun bola ke simen gelanggang.Wajahnya tak
beriak.Dia hanya sebelah mengangkat bahu. “On.”
~
~
“Here.”
Addin mengalih pandang ke arah ros merah
setangkai di dalam white organza yang hampir melibas hidungnya tu.
“Uh.....” Lee termati langkah 10
tapak dari gerai Basketball Club.Mata dipejamcelik beberapa kali.Aku ni
tengah berhalusinasi ke....kepala terlebih kena bakar dengan matahari? “Dude,you
seeing what I’m seeing?” Tangan yang memegang dulang rotan yang kini dah
kosong dari berisi bunga hampir terlepas dari tangan.
Visor yang diputar di hujung
telunjuk jatuh ke tanah.Im turut terpaku dengan mata ke arah gerai. “I so
see what you see.” Suaranya macam orang tengah bermimpi.
Juki membawa sebelah tangan ke atas
dahi dengan mata turut menala ke arah yang sama. “Aku rasa aku tak
demam.”Kemudian ke leher. “Sungguh badan aku tak panas.” Dia menggeleng kepala
macam cuba menghilangkan kelabu di mata. “Aku mengigau ke aku tengah meracau?”
K-oi berdiri terkebil-kebil. “Aku
rasa macam dalam Twilight Zone je.Ke nak kata parallel universe?”
“Bunga?”
Pandangan mereka masih terpaku pada
transaksi ros setangkai yang sedang bertukar tangan tu.
“Benz?”
“Kak Addin?”
“Single red rose?”
“Full-bloom?”
“O~la.” Serentak mereka menutur
dengan mata masih tak beralih.
“Ni kenapa yang mengempang jalan
ni?Sejak bila pulak korang sign kontrak jadi Empangan Kemubu tahan Sungai
Kelantan.”
Empat kepala tak berpaling ke
belakang melihat tuan punya suara yang menegur tu.
“DC,kalau kau nampak apa yang aku
nampak ni kau pun keras bisu jugak.” Im yang menutur menjawab tanpa berpusing.
~
~
~
“...here
it is.. ‘Hlovate’.”
Hening
dewan cuma diisi petikan gitar kapok dan suara Benz yang berlagu.Mendayu.Sapa
sangka mamat backstreet boleh bawak lagu macam tu?!
You wonder
Is it an angel or yet
Maybe
a sweet dream that you can’t forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy
c/o Haunted the nightmares
Created the ecstasy
Hlovate~oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy
The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You’re losing your head
Don’t want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist
c/o
The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart
___________________
fullversion=printversion,insya Allah