Dekat
dua bulan di Kolej Tunas satu angkatan Form Four dah maklum kalau ada
apa-apa tragedi jadi.Itu takde kerja orang lain.Magnificent 7 la
tu.Eady,Juki,Lee,dengan K-oi kat
Alpha1 4.Air-Jee kat Theta.Im dengan A-Cid kat Gamma2 4.Geng memang geng tapi
cita-cita tak semestinya sama.Cuma memang sekepala dan gila-gila.Tambahan pulak
dulu satu sekolah dan membesar bersama.
Fazrul
Kheynaizi b Mohd Daud.Air-Jee.Otak sains.Berpengetahuan luas dalam trick-trick
yang berkaitan dengan chemical.Pernah nyaris-nyaris meletupkan makmal
kimia Upper Form sekolah lama kerana kononnya nak cuba buat eksperimen
hidrokarbon tengah-tengah malam buta waktu lepas habis PMR.
Muhammad
Faridz Lee b. Mohd. Alif Lee.Lee.Anak kacukan Cina-Melayu.Pemegang tali
pinggang hitam 1st Dan dalam taekwondo dan Bengkung Merah Silat Gayung.Pakar
dalam bab berhubung dengan geng grunge dan jamming.Berpengalaman
menguruskan gig-gig di Revival Music Studio.
Shahazrqul
b. Salman.K-oi.Pakar dalam hal-hal cari jalan keluar sekolah untuk fly.
Mengaplikasikan ilmu sabagai ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia dengan
sepenuhnya.Pernah ‘tersilap’ buat entry masuk aspuri ketika di sekolah
lama.Paling genius memikirkan jalan penyelesaian kalau terkantoi.
Khairul
Falah Hazruqee b. Muhammad Azman.Juki.Drummer NickleCadmiumz-band underground.Sebut
apa saja pasal grunge,underground,hardcore,punk,ska-semua dia tahu.Tak
diketahui ramai yang dia dah Grade 6 ABRSM piano dan Grade 7 dalam teori.Paling
pandai meniru suara segala benda yang ada di cakerawala.Pernah memendekkan
kelas Sejarah dengan buat suara tikus tersepit di celah meja guru.
Ku
Azharurrashid b. Ku Aziz.A-Cid.First Guitarist NickleCadmiumz.Peminat
setia Richie Sambora,Slash,Kirk Hammet dan Malmsteen.Grade 6 ABRSM violin
dan teori.Mahir gila dalam bab IT.Pernah pecah masuk sistem rekod dan maklumat
sekolah lama untuk cari soalan peperinsaan akhir tahun....Dan berjaya.
Mohd.
Eady b. Mohd. Rusdi.Eady.Pernah jadi juara tilawah al-Quran wakil daerah
peringkat negeri.Pakar dalam hal litar dan elektrik.Pernah memblack-outkan
seluruh kawasan sekolah lama termasuk kompleks rumah guru kerana bosan takde homework
waktu prep malam.
Syed
Mohd. Aimran b. Syed Mohd. Luqman.Im.Raja segala trick yang ada di muka
bumi.Dari magic trick sampai la ke trick mengenakan orang.Kecuali
black magic dan seumpama dengannya.Paling dasyat dalam bab trick
mekanikal.Banyak berhubung dengan dealer bahan-bahan.Berjaya membuatkan
budak–budak perempuan sekolah lamanya tak berani nak berjalan di koridor sekolah
waktu prep malam kerana ada orang nampak pokok bunga berjalan sendiri.Macam
mana dia buat,wallahu’alam.
________________
fullversion = printversion,insya Allah
and btw,Mags7 full-blown terror legend akan di'unfold' in [tunas]_part III :D ,right after this GT_[i'm a senior]