Magnificent 7 memang bersukaria di Kolej Tunas.Sentiasa ceria riang ria.Kalau bosan bukak aje la kotak ajaib si Im.Memang gerenti takkan bosan dah.Elok habis je minggu orientasi dah ada mangsa yang kena bubble-trick Air-Jee.Campuran segala macam sabun basuh,shampoo,sabun pencuci toilet,gam PVA,air dengan entah apa lagi.Maka terhasil la buih sabun yang super kuat dan takkan pecah walau kalau terlanggar benda lain.Maka esok pagi lepas malam projek tu terkejut la mak cik-mak cik dewan makan bila tengok Dewan Meranti dah macam setting teater Siti di Alam Fantasi je gayanya...
~
~
~
"Aku rindu tahun lepas...." Jen membetulkan letak timun di atas mata kanannya.
"Kenapa?" Addin di sebelahnya berpaling memandang sekilas.
"Tahun lepas rasanya banyak jugak masa nak lepak,nak bernafas.Tahun ni...." Jen mencebik.Sekali pandang memang betul dah macam Jim Carrey dalam The Mask dengan muka bertepek mask hijau,mata timun dan mulut herot macam tu. ".....tak sampai sebulan sekolah bukak pun aku dah rasa nak putus nafas."
Maunya tak.Sekarang ni tiap-tiap petang Selasa dengan Rabu ada gerak gempur topik-topik Tingkatan 4,bergilir-gilir ikut subjek.Tu tak masuk lagi dengan topik-topik Tingkatan 5 yang baru nak masuk,dengan kerja rumah yang datang berkoyan-koyan tak ada had,dengan aktiviti kolej yang ada je benda nak dibuat....Ngee....!Malam-malam pulak kalau dapat tidur pukul 12.00 tu pun kira rahmat la tu.Kalau tak alamat la berteleku kat meja menghabiskan kerja rumah sampai pukul satu dua pagi.
Keempat-empat ahli GT1-09 tu kini sama-sama duduk bersebelahan berlunjur dengan tangan bertongkat ke belakang,menala wajah ke arah langit malam hujung minggu.Kalau kes Jen,aci buta je la sebab mata bertampal dengan timun.Ini la pertama kalinya mereka lepak dengan ritual macam tahun lepas,sebab ini je masa yang ada senggang.Kalau tak....huh!Memang kirim salam awal-awal.
"Badan Pengawas amacam?Pening kepala tak dengan budak-budak baru?Ada yang dah masuk rekod jadi penjenayah sekolah ke?" Fisha sengih memandang Pa'e.Dalam bilik diorang tu Pa'e je pengawas.Jen pulak jaga portfolio Pengakap.Dah nak jadi Pengakap DiRaja pun si Jen tu.Padan la dengan title 'Raja' dia pun.
Pa'e dah gelak dulu. "Aku kira ampun la sikit sebab aku pengawas kuli je." Dia sengih. "Agul,Ilham dengan dengan Siti yang paling pening kepala." Ilham si Timbalan 1,Siti Cik Timbalan 2 dalam Badan Pengawas. "Pernah dengar nama Mags 7?"
"Mek Sehben?" Kening Fisha terangkat sebelah.
"Huh?" Jen angkat sebelah timun.
"Budak Kelantan mana?" Dahi Fisha berkerut.
"Hish!" Pa'e tepuk dahi. "Bukan mek la!Mags 7...Mag...."
"Magnificent 7." Addin yang menyambung dulu.Dia memetik-metik jari.Rasa macam pernah dengar abang,Kurt dengan Agul sebut.
"Ooo....budak-budak bertujuh tu..." Fisha sengih mengangguk. "Budak-budak Form 4,kan?"
"Kau kenal?" Kali ni tiga-tiga kepala memandang Fisha dengan muka pelik.
Fisha angkat kening double-jerk. "Heh.Aku kan Exco Sistem dan Data.Database budak-budak tu semua kat hujung jari aku je." Bibirnya mengukir sengih. "Lagi pun Wawa banyak cerita pasal budak-budak tu dengan aku." Wawa tu budak Tingkatan 4 yang Fisha pilih aci tangkap muat untuk membantunya di dalam biro. "Kan aku sikit punya berchenta nak kena key-in semua database budak-budak baru tu.Sambil buat kerja tu la Wawa tu bercerita." Lama tak lama la....Satu weekend kena bertapa dalam Makmal Komputer tak buat kerja lain dah!
"Kenapa dengan diorang tu sebenarnya?" Kening Jen terangkat sebelah bertanya memandang yang lagi tiga.
Pa'e hanya sengih selamba. "Kalau nak ikutkan,kira diorang sama league dengan kita la."
"League apa?"
"GT_i."
Ketawa pecah terus.
"It takes one penjenayah to know one." Ketawa Jen masih bersisa.
"Tapi kalau nak ikut aku,aku letak diorang satu league setingkat atas kita." Pa'e sengih lagi.
"Kenapa?"
"Diorang punya sejarah dengan pencapaian memang lagi handal nak banding dengan kita."
Uuu...Addin,Fisha dan Jen sama buat muka kagum.
"Ada lagi sorang penjenayah." Addin mengosok dagu tiba-tiba.Dia memandang Pa'e. "Classmate baru aku dengan Fisha tu dah mula ada fail jenayah sendiri ke?" Aura penjenayah Alcatraz budak tu.Kalau nama dia tak ada fail sendiri dalam bahagian Kesalahan Disiplin,tu baru betul aku jatuh rahang.
"Siapa?" Fisha muka kelam.
"Mercedes." Selamba Addin menutur.
Fisha,Pa'e dan Jen hampir terguling ketawa.
"Itu....lain punya kes." Pa'e menutur terputus-putus dengan ketawa yang masih tak habis. "Don't you dare the to trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you." Dia memandang Addin. "Kes klasik kalau nak dibuat contoh.Dia tu satu league dengan Mafia Russia aku rasa.Cold-blooded tak berperasaan habis."
"Kes jangan jolok sarang tebuan,huh?" Fisha angkat kening sebelah dengan sengih.
Pa'e angguk. "Tau takpe."
Addin hanya mengangkat bahu dengan muka tak beriak.Heh.Ingat aku takut ke dengan sarang tebuan?Tebuan tu kalau sembur Ridsect pun mati tau.
________________
fullversion = printversion,insya Allah
Posted at 07:51 pm by hlovate