"Kenapa?"Addin melangkah keluar pintu makmal.
"Mama Leha panggil."Kucai dah melangkah dulu ke arah bangunan pejabat pentadbiran.
"Kenapa?"Addin menapak beriringan.Naya aku kena skip amali Fizik.Rugi betul!!
"Ada anak orang besar mana entah masuk sini."
"Oooo..."Addin angguk. "Ikan jerung ke ikan bilis?"
"Kalau dah sampai kita kena panggil,anak ikan jerung la tu."Kucai menanggalkan cermin mata.
"Kenapa tak pakai contacts?"Addin mengalih topik melihat abangnya menggosok cermin mata dengan sapu tangan.
Langkah Kucai mati.Addin ikut terhenti.
"Bila masuk sini balik dah hilang bahasa,eh?"Kucai menarik muka tegang.
Addin diam.
"Abang ke mana....Didi ke mana....Main taram aku kau aku kau je..."
"Takkan nak panggil abang..."Addin tunduk merengus. "Buat malu je.."
"Tak kira la.Nanti sumpah jadi adik derhaka baru tau!"
Addin mencebik, "Ye la...abangg!!"Ambil tu nak sangat!Dengung wajibul ghunnah aku bagi.
Kucai sengih. "Abang mandat besar!"Dia menyarung semula cermin mata sambil meneruskan langkah.
"Blah!!!"Addin turut sama menghayun kaki sambil ketawa.
"Abang."
"Hmm?" Kucai tak berpaling pun dari melangkah.
"Entah-entah anak kerabat tak?" Addin menggosok dagu. "Kena angkat sembah ke?"
"Hish!"
Addin hanya ketawa selamba.Sentap je abang aku ni.Skema!
Kucai mengetuk pintu bilik pengetua.Dia dan Addin sama-sama masuk.Membelakangkan mereka Mama Leha dan Cikgu Jamal.Di kerusi berhadapan Puan Nazriah seorang pak cik (yang title jerung agaknya) dengan seorang budak lelaki di kerusi sebelah.Puan Nazriah senyum melihat Addin dan Kucai masuk.Dia bangun.
"Ini head boy dan head girl kami."
Pak cik dengan mamat tu seraya berpusing ke belakang sambil bangun.
Addin dan Kucai senyum sekadar ikut protokol.
Telinga Addin dah tak dengar dengan apa yang dibicarakan oleh Puan Nazriah.Meski riak mukanya masih tidak berubah dari tadi,tapi otaknya berpusing dia sorang je yang tau.Matanya berlari macam yo-yo turun naik atas bawah melihat anak muda di depannya.Dari atas ke bawah.Rambut belakang jatuh lebih dari leher baju.Rambut depan melampau kening.Mengalahkan langsir tingkap.Turun pula ke leher.Terlilit besi.Macam rantai askar US masa Vietcong War tu je aku tengok.Di pergelangan tangan kiri terlilit rantai besi juga dan jam.Dia beralih pula pada pergelangan tangan kanan.Juling matanya melihat tali-tali macam azimat tu.Berapa kaler pun aku tak tau!Di jari telunjuk dan jari hantu tersarung cincin besi.Satu berkepalakan tengkorak.Tee tak tuck-in.Jeans geboy menutup belakang sneakers.Matanya naik balik ke atas.Erk!!Telinga dia bersubang sebelah?!!Berbentuk ring di cuping kiri atas.Macam kerbau pakai je.Bertindik ke mamat ni?!Gay ke?!Addin menelan liur.Ya Allah!Selamatkanlah abang aku...Mamat ni kalau sinsing lengan baju silap-silap nampak tattoo apa.....
Sah!Budak bermasalah kelas satu!Hands down!Kenyataan yang tak boleh disangkal lagi.
"Addi,awak tolong bawa Benz ke asrama.BT1-11."
Kucai angguk. "Saya panggil Megat Kamarulazman sekali,puan.Itu bilik dia."
Puan Nazriah angguk.Dia beralih pada Addin. "Addin."
Addin masih lagi mengkaji makhluk di depannya.
"Addin?"
Kucai menyiku adiknya.
Addin tersedar.Kalut kerana kantoi mengusha anak teruna orang.Ayoo...Malu mak ooi..!!Tapi dia menahan wajah dari berubah riak,mengawal diri.Dia merenung Puan Nazriah dengan kening terangkat.
"Benz akan sekelas dengan awak...."
Who?!Carl Benz de Mercedes?!Maria Mercedes aku tau la!
"Tolong bagi tau ketua kelas tentang hal yang berkaitan.Buku teks,pendaftaran,jumpa guru kelas kalau perlu..."
Addin cuma mengangguk macam burung kakak tua.Otaknya masih lagi ligat.Amende la kolej ni cari pasal terima budak aura super bermasalah masuk sini?Bapak dia sultan Brunei ke?!Matanya masih lagi merenung mamat di depannya.Kantoi on the spot dia kali ni.Matanya bertentangan dengan renungan reaktor nuklear meletup.
________________
fullversion=printversion,insya Allah