terror
Main Entry:ter.ror
1:panic: an overwhelming feeling of fear and anxiety
2:a person who inspires fear or dread; "he was the terror of the neighborhood"
3:a very troublesome child
wordnet.princeton.edu/perl/webwn

please be noted that from now on all the updates will be under the care of --> alter_ego

equations to be take into consideration

t[hlovate=writes]+[alter_ego=uploads]=entries,insya-Allah

t = time (variable), hence if the value of 't' is high,the value of end of equation will correspond,and vice versa

thanks,alter_ego
thanks,all
enjoy reading and shoutouting may Allah bless
   

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

~BLOG TROTTER~

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~




creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end||wrap-up|

Biru
Part I
|1| |2|



[tunas]
"...I say...
...heyday...
....enough said..."
GreaTroublemaker_i
|step-in| |1| |2| |3| |4| |5| |6| |7| |8| |9| |10|
|11| |12| |13| |14| |15| |16i| |16ii| |16iii| |17|
|18| |19| |20| |21| |22| |23| |24| |25|
GreaTroublemaker_[i'm a senior]
|1| |2| |3| |4| |5| |6| |7| |8| |finalpost|
Magnificent7[the legend]
|intro| |1| |presenting:[tunas]|


rooftop rant
"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."

Part I
|1||2i||2ii||3||4||5||6||7||8i||8ii||9||10||11i||11ii||12||end|
Part II
|1||2i||2ii||3i||3ii||4i||4ii||5||6||7i||7ii||8||9||10||end|
Part III
|1||2i||2ii||3i||3ii||4||5i||5ii||6||7||8||9||10||11||end|

komik bidadari besi

|open||i||ii||iii||iv||v||vi||vii||viii||ix||x||end||close|

anthem

"...everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this is me..."


VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."


Ked's Story
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]
".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."


Schubert's Serenade
"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, June 06, 2008
[tunas]_PartI~GreaTroublemaker_i [final post]

        ~~~~~~~~

        "Tapi law kolej yang buat." Addin senyum tawar memotong. "Dan tak semua orang boleh terima benda tu macam kita." Memang betul pun.Banyak je budak perempuan dalam kolej tu yang pakai tudung tapi sarung jugak baju lengan pendek.Macam contradict habisan.Aku pun macam naik pening kepala nak fikir hukum mazhab mana yang diorang pakai.Takkan kepala tutup tapi dekat tiga suku tangan tak tutup kot?Adeh.....Tu belum lagi nak tengok budak-budak yang free-hair.Bukan dia prejudis....Tak.Jen yang sebilik dengan dia sendiri pun free-hair tak bertudung.Tapi dia tau yang Jen tu solat tak tinggal,cukup je lima waktu sehari kalau nak banding dengan orang lain yang walau bertudung pun.Dia sendiri akur dan faham yang appearance luar bukan tiket untuk dia jadi judgemental menilai dan menghukum sesiapa.Dia sendiri pun bukannya baik sangat nak menilai nak mengata orang walaupun dia pakai tudung,pakai baju long-sleeve,solat setakat ni alhamdulillah cukup lima waktu sehari semalam,baca Quran bila mana ada kesempatan.Setiap manusia tu mesti ada flaw sendiri.Tapi dalam hal hukum Tuhan,ada benda yang kita kena akur yang itu dah tertulis dalam hitam putih dan bukan untuk dibahas.Namun manusia tu sendiri sebenarnya lebih dibentuk oleh persekitaran keliling dan cara hidup.Ikut masyarakat,pemikiran dan latarbelakang keluarga jugak.Bergantung kepada definisi norma masyarakat jugak.Kalau masyarakat memang rasa biasa,benda tu akan jadi biasa jugak.

            "Kita buat je la mana yang boleh dibuat dek budak umur 16 tahun.Kita pun bukannya faham sangat dengan dunia apa yang ada kat luar tu.Kita pun bukannya banyak sangat ilmu nak membetulkan orang.Diri sendiri pun tonggang-terbalik.Tapi mana yang kita boleh cuba ubah,kita ubah la.Kalau diorang tak buat kat luar;waktu diorang kat rumah,kita nak buat macam mana.Tapi sekurangnya kita cuba je la implement kat kolej.Kot lekat sikit."

~

~

~


Dan dia hanya muka toya je bila dengar suara orang menjerit sakan dari bilik dobi,elok waktu dia bawak masuk bakul dobi yang berisi baju dah kering ke dalam bilik pukul 9.00 malam tu.

       Heh.Betul la bak kata Cikgu Rosdan.Boleh la aku jadi Robin Hood.Ke....Robinah Hooda kot nak bunyi perempuan.Bibirnya mengukir sengih.Kira OK la Eve,aku siram baju kau dengan nila setengah botol.Paling kurang nila boleh basuh balik.Kalau aku siram dengan Clorox?Heh....tu la.Sedar-sedar sikit ni bukan Kolej Yayasan Ayah Anda.

            Bibir kembali mengukir sengih mengingatkan kertas A4 yang bertulis dengan nila yang diletakkan di atas mesin basuh berisi baju Eve tu.

            Sila beratur,terima kasih.

            Kalau tak faham bahasa jugak tak tau la aku.

            "Oi,sengih sensorang makruh!" Suara Pa'e menyergah.

            Addin hanya ketawa.

~

~

~

"Kita nak....belajar itu berkat.Agar apa yang kita dapat dari guru-guru kita tu datang bersama dengan kefahaman,dengan rahmat Allah....."          

            Addin menulis ke dalam buku notanya dengan tangan kanan sementara tangan kiri mengurut bahu Jen yang dah hampir nak layu terlentok.Ustaz Khairun yang dijemput dari Pejabat Agama Daerah tu tengah menyampaikan ceramahnya untuk malam Jumaat kali ni di bahagian depan surau.

            "Sebab tu kita semua perlu mangamalkan doa.Doa tu....senjata bagi orang mukmin.Sebab kita kena ingat biar apa pun jadi....daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.Kena ingat tu.Jadi setiap kali sebelum kita nak belajar,nak bukak buku,nak buat apa-apa....doa dulu.Doa tu penghubung kita dengan Allah......"

            Sekilas Addin menebar pandangan ke seluruh isi surau.Ramai jugak yang dah tidur terduduk.Yang tersujud pun ada.Tu belum nak kata yang dah bukak port buat ceramah sendiri.Ni kira ceramah agama kedua dalam sejarah Kolej Tunas ni.Minggu lepas Ustaz Khairun jugak yang bagi.Pasal kepentingan solat.Minggu ni pulak pasal kepentingan doa dalam kehidupan pelajar.Masa pengumuman dibuat pasal ceramah pertama minggu lepas,ramai jugak yang bising mengeluh sok-sek-sok-sek itu ini.Kata benda ni buang masa la....kacau waktu nak belajar la......malas nak dengar benda yang dah tau la.....Tu belum lagi nak cakap pasal arahan veto pada solat jemaah lima waktu tu.Bising satu kolej masa semester baru bukak.Dan sekarang.....semua orang dah masuk ke dalam rutin yang memang dah digariskan tu.Walaupun sebenarnya tak boleh nak kata semua orang.Ada je budak yang escape.Tapi sekurangnya biar la something than nothing.Betul,bukan mudah nak merubah orang.Tapi sedangkan batu stalagmit stalaktit dalam gua tu pun boleh terbentuk dek air menitik kalau usaha tu tak berhenti.

  ".....doa tu wireless." Ustaz Khairun meneruskan ceramahnya. "Anytime,anywhere.Dan coverage dia luas.Di mana-mana saja signal bar dia penuh lima.Oleh tu.....kita ambil full advantage....Al-Mathurat tu contohnya.Tau al-Mathurat tu apa?"

            Mana-mana yang masih belum terlentok tersungkur syahid dalam lena tu menggeleng kepala.

            "Al-Mathurat tu adalah himpunan doa-doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah S.A.W.Yang dihimpunkan melalui riwayat-riwayat dalam hadith.Dikumpulkan oleh seorang tokoh di Mesir.Nama dia As-Syahid Imam Hassan al-Banna.Kalau nak cari al-Mathurat ni,boleh jumpa di mana-mana kedai buku agama.Buku dia kecil je.Cakap je nak al-Mathurat.Pak cik kedai tu insya-Allah tau." Ustaz Khairun mengangguk. "Dalam himpunan doa tu,merangkumi segala aspek.Bagus untuk meminta kebaikan dalam hidup dunia dan akhirat,untuk mengelakkan niat jahat jin dan manusia,dan jugak untuk mengelakkan syirik."

            Pen Addin laju menulis di dalam buku notanya.Hingar di bahagian perempuan ni makin tinggi pulak naik skala desibelnya.Dia mengangkat kepala memandang ke belakang.Keningnya terangkat sebelah merenung sekumpulan pelajar perempuan yang entah ketawa tentang apa.Salah seorang dalam kumpulan tu tersedar yang mereka menjadi hala tuju pandangan nuklear nak meletup.Cepat dia menyiku rakan-rakan yang lain.Terdiam terus budak-budak tu  aura bunuh.Addin mengukir senyum segaris yang tak sampai sinarnya ke mata.Kalau nak diikutkan dia sendiri rasa baik la tidur dari bising dalam surau kacau orang lain yang nak mendengar.Kalau dengar ceramah misi dan visi sekolah tu faham pulak bahasa nak diam hormat walaupun telinga tak mendengar.Pakai konsep yang sama bila dengar ceramah agama tak boleh ke?Kalau boleh menadah telinga dan bagi apa yang ustaz sampaikan tu melekat kat kepala lagi bagus.

            "....kita tengok antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa." Ustaz Khairun mula membilang dengan jarinya. "Waktu antara azan dan iqamah....."

            Addin terus menulis.

            "....waktu sujud dalam solat....waktu wukuf di Arafah bagi sesiapa yang berkesempatan ke Tanah Suci....waktu selepas khatam 30 juzuk alQuran......sebelum masuk waktu subuh.....waktu sepertiga malam...." Ustaz Khairun membilang lagi. "....waktu selepas setiap kali solat fardhu....waktu dalam perang dan ketika darurat.....bila kita dizalimi.....ketika sakit.....waktu malam Jumaat.....pada waktu malam Lailatul Qadar.....dan juga doa bagi anak-anak yang taat pada ibu bapa."

            Pennya terus berlari dengan tangan kirinya masih juga mengurut bahu Jen agar temannya yang sorang tu tak tersungkur syahid jugak.

            "Apa yang last sekali tu?" Fisha menjengah buku nota Addin.

            "Anak yang taat...."

            Fisha angguk sambil terus menyambung notanya.

      "Ada banyak lagi waktu-waktu lain.Yang saya sebutkan tu hanya sebahagian.Tapi ingat.Doa tu sesungguhnya boleh di waktu bila-bila,di mana-mana.Macam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186 ; Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

            "Ayat mana?" Addin menutur rendah pada Pa'e yang juga tengah laju menyalin apa yang disebutkan Ustaz Khairun tu.

            "Al-Baqarah;186."

            Angguk.Laju ditambah ke dalam baris notanya.

            "Jadi untuk kita sebagai pelajar....kita doa pada Allah untuk dipermudahkan urusan dan kefahaman kita dengan doa itu.Allah dah janji dalam ayat tu....bahawa sesungguhnya berdoalah.Allah suka pada orang yang berdoa."

 

 

      Addin mengeliat meregangkan kedua belah tangan di atas baringannya.Matanya mengikut gerak awan yang ditiup angin di dada langit.Pa'e di sebelah kanannya sedang mengacau gula di dalam mug teh.Fisha di sebelah kirinya pula tengah meratakan toner ke muka.Jen di sebelah Fisha pulak hanya mengadah ke langit dengan duduknya bertongat kedua belah tangan ke belakang.

            "Jen."

            "Hmm?"

            "Kau fikir apa?"

            Jen memandang Addin yang bertanya.Bibirnya mengukir senyum segaris. "Everything and nothing."

            "Sejak bila pulak kau dah bunyi macam Socrates ni?" Fisha ketawa.

            Addin sengih. "Kau fikir apa?" Dia mengulang.

            Jen kembali menala pandangan ke tengah langit dengan senyum segarisnya yang masih tak padam. "Aku cadang.....nak pakai tudung." Rendah perlahan kata-katanya keluar sepatah-sepatah meniti angin malam.

            Sejenak ruang di belakang Kolej Kediaman Puteri GT1 tu hanya dihuni sepi hembusan angin dan suara cengkerik di tengah pertandingan karaoke.

            "Aku happy untuk kau!!" Addin melompat bangun dari baringnya.Habis dilanggarnya Fisha bahana nak memeluk Jen. "Alhamdulillah....wawawawa....aku happy....aku happy....."

            "Addin....aku dah nak terputus nafas." Jen menarik lengan Addin di lehernya dalam dia ketawa.

            "Okay....group-hug now...." Pa'e turut ketawa sambil meletakkan mug tehnya ke tanah.Serentak dia dan Fisha memanjangkan kedua belah tangan ke arah Addin dan Jen yang dah macam orang berjumpa dalam Malaysia Hari Ini (MHI) punya Jejak Kasih.

            "Thanks,people." Suara Jen separuh tenggelam di celah tangan-tangan yang memaut lehernya tu.

            "Ah sheesh....." Addin angkat muka. "Jen?Kau nangis?"

            "Mangkuk tingkat la kau." Jen ketawa dengan mata berair. "Pasir masuk mata la."

            "Aku pun terasa macam pasir masuk mata je ni." Fisha turut memejam celik mata dalam ketawa juga.

            Ketawa mereka semua sama pecah di tengah pautan tangan yang masih belum terlerai.

            "Agak-agak orang akan pandang pelik tak?" Kecil suara Jen menutur dengan mereka berempat sama memandang bulan.

            "Tak." Addin menggeleng. "You should be really proud,you know.Kalau orang tengok kau pelik,kau bagi je jeling maut sedas."

            Ketawa Jen pecah juga. "Kau ni Addin...." Dia menggeleng. "Aku rasa macam dah lambat sangat je nak start benda ni." Tuturnya kemudian.

            "Tak ada benda yang lambat sebelum mati." Pa'e menutur lembut.

            Yang lagi tiga sama mengangguk mengiakan.

            "Kitorang support kau biar apa pun jadi." Fisha berjanji.

            Addin dan Pa'e sama mengangguk setuju.

            "Thanks."

            "Tara hal."

            Sepi seketika.Bulan masih belayar di tengah langit dengan ditemani awan dan bintang sebagai camarnya.

            "Jen?"

            "Hmm?"

            "Apa yang buat kau nak buat macam ni?" Perlahan suara Addin bertanya.

            Sejenak Jen hanya diam.Seolah cuba menyusun kata. "Aku....macam segan dengan korang." Tangan-tangan yang memaut tubuhnya terasa makin erat memeluknya.Dia ketawa tawar. "Aku rasa bila masuk semester ni,banyak kot benda yang aku baru belajar banding masa aku duduk luar dulu.Sebab banyak benda baru yang dibuat.Thanks to you and the MPP,inche head-girl."

            "Thanks to abang aku actually." Addin hanya senyum menggeleng. "Dengan Fakrul."

            "Banyak benda yang aku belajar,aku rasa." Jen menyambung dengan senyum pada bulan. "Aku sebelum ni....tak pernah la fikir banyak sangat pasal agama.Bagi aku sembahyang dengan puasa tu dah cukup.Tapi tu la.Bila makin dah besar ni....makin sedar sendiri kot tanggungjawab pada diri sendiri."

            "Korang rasa....apa yang MPP dah buat sepanjang semester baru ni bukak...drastik sangat?" Teragak-agak Addin menutur bertanya.

            "Aku rasa benda tu perlu." Jen menjawab tenang. "Rata-rata budak kat sini bukan dari backgroud agama yang solid sangat.Kalau tak dapat benda tu kat rumah,aku rasa memang dah jadi tanggungjawab untuk ada benda macam ni kat kolej.Sekurang-kurangnya tak hanyut terus."

            Pa'e angguk. "Walaupun ramai yang bising tak setuju,tapi bila benda tu lama-lama jadi rutin,diorang akan biasa sendiri.Dan lama-lama benda tu diorang boleh terima." Pa'e ketawa kecil. "Kalau nak ikutkan aku,aku pun macam kelam-kelam jugak awal tu.Mana pernah dibuat dalam sejarah hidup aku nak solat jemaah lima waktu sehari semalam.Siap buat sujud sejadah lagi tu tengah Subuh Jumaat.Mati-mati aku ingatkan si Fakrul yang jadi imam tu ikut ajaran sesat sebab buat Subuh tiga rakaat."

            Serentak ketawa mereka pecah.

            "Kita pioneer.Kita kena mulakan tradisi yang elok untuk adik-adik ikut." Fisha pula menambah. "Untuk ceramah agama tu,aku rasa memang perlu.Takkan semata-mata nak harap waktu Pendidikan Islam dalam kelas je.Lagi pun aku boleh kerat jari la tak adanya orang yang keluar je dari kolej ni pergi tengok ceramah agama kalau waktu cuti panjang tu.Sekurang-kurangnya biar la waktu kat kolej ni dapat something."

            "Aku sebenarnya....takut." Jen menutur rendah. "Aku tak cakap pun lagi pasal benda ni dengan mummy aku.Aku takut kalau dia tak suka."

            "Tak apa.....kita buat lepas tu tengok dulu macam mana.Jangan risau,Jen.Kitorang memang sokong kau 100%." Pa'e sungguh-sungguh menutur.

            "Minggu ni kita outing." Addin keluar kata putus.

            Serentak tiga kepala berpaling ke arahnya.

            "Aku belanja kau beli tudung segala bagai." Addin sengih dengan kening double-jerk pada Jen.

            "Sheesh....aku rasa mata aku masuk pasir lagi."

            Ketawa mereka pecah sekali lagi dengan pautan tangan yang makin erat.

           _____________________________

final posting of the excerpts/sedutan from Part I of [tunas] = GreaTroublemaker_i

There'll be pretty much 40 episodes in [tunas]_Part I ,and the rest will be available in the printversion,insya-Allah.

the next part (Part II) ada dalam lebih kurang 38 chapters kot.now...let's take a peek sama Part II = GreaTroublemaker_[i'm a senior],shall we?


Posted at 03:28 am by hlovate

Name
November 27, 2009   05:19 AM PST
 
ok la tu.......heeeheeeeeeee.......... betul2 ok.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry