“Addin!!Mati kau!!”
Addin,Jen
dan Fisha yang tengah syok merancang terhenti.Pa’e menerpa masuk macam kena
kejar anjing gila.
“Dah bagi
benda tu?”Laju Jen bertanya.
Pa’e
tersandar di pintu yang ditutupnya kelam kabut tadi. “Lepak...”Dia
termengah-mengah. “Kita cancel.”
“Hish!Plan
cantek nak potong.”Fisha geleng kepala.Plan nak mengenakan balik geng MSC dah
sikit punya cun!
“Crisis
raise!Tak boleh!!”Beria-ria Pa’e menggawang-gawangkan tangannya.
“Apsal?”
“Addin,mati
kau.”Pa’e mengulang sambil melangkah ke katil Jen tempat diorang bermesyuarat.
“Aku dengar malam ni ada spot-check.”
“Laa...Aku
ingat amende.”Addin lepak.
“Aspuri
je!Gila le tu!”
“Alemak!”Fisha
telan liur.Asrama puteri je?
“Memang mati
la kau..”Jen menoleh ke kiri.
Tiga pasang
mata tertumpu ke arah Addin.
“Amendenye
korang usha aku ni?!”
Jen
menunjukkan kepalanya.
“Allah!!”Addin
pucat. “Rambut aku!!”
Mama Leha
berdiri di tengah-tengah GT1-09.Jen,Pa’e, dan Fisha berdiri di tepi locker
masing-masing.Satu demi satu locker diperiksa.No non-licensed
pills,no drugs,no liquor,no guns,no nonsense!
“Mana
Addin!!”Suara Mama Leha meletup.
“Saya dalam
bilik air,cikgu!!!”Sama kuat Addin melaung balik.Dia membuka pintu bilik air
sambil keluar dengan kepala berbungkus tuala.
“Buka locker!”
“Sori
cikgu,saya mandi.” Dia menjawab selamba sambil membuka pintu locker.
Mama Leha
buka laci.Addin menjeling dari tepi.Ingat kau tak suka aku senang-senang ke nak
dakwa-dakwi aku?!Heh!Malam sikit!
“Apa ni?!”Suara
Mama Leha meletup lagi.Di tangannya sebotol pil putih. “Awak jual ecstasy
ya?!”
Addin telan
liur. “Ubat,cikgu.” Panadol pun tak boleh simpan ke?
“Banyak awak
punya ubat!Ikut saya jumpa Puan Nazriah!”Mama Leha menuju ke pintu.
“Eh... Nanti
dulu.”Addin tak bergerak.Dia menyelongkar dompet. “Saya ada surat pengesahan
doktor.Cikgu jangan nak dakwa saya yang bukan-bukan.”Dia mengeluarkan sekeping
kertas putih berlipat.
Mama Leha
mendengus.Dia menghempaskan botol itu ke atas meja belajar Jen.Terus dia
berjalan keluar.Fisha perlahan-lahan menutup pintu.
Elok pintu
tertutup ketawa mereka pecah terbahak-bahak.
“Kalah mati
dia!Nak kantoikan aku konon!Malam sikit!”
“Nasib baik hairdo
baru kau tu selamat,Addin”Pa’e terenjut-enjut ketawa di atas katilnya.
“Oi!Kau jual
Pink Lady ke?”Jen join merapu.
“Mana
pulak...Tu Yin Yang tu...”Addin menarik tuala dari atas kepala.
Tiba-tiba
pintu terkuak mengejut.Mama Leha!!!
“Saya dapat
aduan....”Suaranya terhenti melihat rambut Addin. “Addin!!!!Ikut saya jumpa
Puan Nazriah di Bilik Warden Aspuri sekarang juga!!”Kali ni memang Mama Leha
meletup macam... macam...ntah!
Ayooo....Addin
menepuk dahi.Kantoi!!!Dia mencapai plannernya sebelum keluar.Sempat dia
menoleh ke arah teman-teman sebiliknya yang terdiam dari tadi.
“Doakan aku
tak mati malam ni.”
“Perkara
macam ni memang tak sepatutnya terjadi,puan.Setiap pelajar sepatutnya sedia
maklum tentang peraturan sekolah dan asrama.Kita nak melahirkan pelajar yang
cemerlang dari segi mental,fizikal,sahsiah,dan rohani.”
Addin tegak
di depan Puan Nazriah.Pengetua itu hadir ke Kolej Kediaman Puteri malam ini
kerana spot-check atau raid yang dibuat.Dalam hati Addin bengkek.Amende
la yang kau merapu tu Mama Leha ooii!!Tadi masa lalu depan GT1-13 dia nampak
Eve dengan muka mengejek.Spirogira asbestos kau Eve!!Kau kantoikan aku!!Dah tak
ada kerja lain ke yang rajin sangat nak jadi kaki tripod kaki retort ni?!Aku
tau la nak ajar kau macam mana nanti!
“Seorang
pelajar perempuan memotong rambut boycut sedangkan semasa orientasi kita
dah maklumkan pelajar perempuan Kolej Tunas mesti berambut sekurangnya paras
bahu!”
Kolej ni pun
satu.Letak pulak undang-undang merapu tak masuk akal - rambut tu kena ada had
ukuran.Kot kalau semua orang memang nak jadi Rapunzel taper la kot!Ni aku yang tak
tahan kepala panas ni apa cerita?Kalau aku yang sakit kepala siapa nak
tanggung?Tau la kot orang lain dalam kolej ni semua tak pakai tudung.Rambut aku
gaya cemana pun,aku pakai tudung tak ada kacau orang apa.Ngee....!Kot aku yang
buat gaya rambut cenggini pulak yang jadi isu.Tu si Eve yang rambut ngalahkan
orang kena kari tumpah tu taper pulak?!Terbalik betul dunia.Bukan sikit punya
jelas ke kaler rambut dengan dye tu jatuh hukum haram.Ni aku pulak yang
kena bungkus.Chet!
Puan Nazriah
yang dari tadi cuma mendengar bersuara. “Saya rasa mungkin Addin ada penjelasan
dia sendiri.”Dia senyum pada Addin yang dah muka sememeh terpacak di depannya.
Mama Leha
mendengus.Kenapa la Puan Nazriah ni asyik sebelahkan budak bermasalah ni je?!
Alemak!!Apa
aku nak goreng?!Mati kutu aku!
“Addin!!”Mama
Leha meletup.Orang tanya dia buat bisu pulak.
“Kutu!”Laju
perkataan itu terlajak dari bibirnya.Gasak la....Rasional apaa...
“Kutu?!”Dahi
Puan Nazriah dan MamaLeha sama je kerutnya.
“Ntah.”Addin
mengangkat bahu. “Gatal je.Sebab tu saya potong.”Heh!Hebat jugak aku jadik
penglipurlara.Boleh buat hikayat.Fuu...nasib baik.Kalau tak lagi sekali aku
kena pergi kemas Makmal Fizik tu.
Puan Nazriah
nampak lega. “Cikgu Zaleha,maklumkan pada warden blok ni untuk bekalkan bilik
Addin dengan lice-shampoo.”Dia beralih ke arah Addin. “Awak ikut Cikgu
Zaleha.”
“Terima
kasih,cikgu.”Sebaik sahaja Mama Leha melepasi pintu,Addin kembali ke hadapan
Puan Nazriah. “Ni...penjelasan yang betul punya.”Ujarnya sambil
tersengih.Kertas berlipat yang dikeluarkan dari plannernya diletakkan di
atas meja di depan pengetua itu.
Puan Nazriah
tersenyum sambil menggeleng kepala.Faudzi...Nora...Nakalnya budak ni....Addin
dah menghilang di balik pintu.