Pejam celik pejam celik.
Antara sedar dan tidak memang laju je masa berlalu.Cuti pertengahan Semester I dah berlalu dan pergi.Dah selamat semua orang pulang bercuti ke rumah buat pertama kali,dan kini dah selamat juga semua orang menjejak semula Kolej Tunas yang kini dah menjadi sebahagian dari hidup ni.
Si Eviena tu pun dah jenuh menayang ke sana-sini segala khazanah yang dihangkutnya dari rumah balik ke kolej.Memang betul la cetek akal.Kot kena rompak dengan penyamun tarbus free je nanti menangis lagu keroncong tak cukup harkat.Ingat kolej ni butik pertunjukan fesyen ke apa?
Des'ree menyanyikan You Gotta Be di telinga.Addin menapak lepak beriringan dengan Jen.Baru lepas mengambil buku dari kelas untuk dibawa balik ke kolej kediaman.Hari ni dah petang Jumaat.Malam ni tak ada prep.Nak buat kerja baik la hangkut buku siap-siap.
"Kelas kau dah masuk dah bab-bab Hukum Gas tu?" Jen membetulkan letak beg di bahu.
"Belum." Addin menggeleng. "Lagi dua minggu kot.Kelas kau dah nak masuk tu ke?"
"Belum jugak.Tapi aku saja je nak baca.Konon nak buat background reading la." Jen sengih. "Sekali nak muntah hijau aku dibuatnya.Sepatah apa pun aku tak faham.Nganga aku dibuatnya.Boyle la...Charles la....Prince Charles tu kot aku kenal la siapa."
Addin ketawa. "Kau ni melampau sangat ke depannya."
Jen sama ketawa. Mereka kini melintasi deretan gazebo di tepi Pavillion Sigma yang menghala ke arah kawasan kolej kediaman pelajar.Di sana-sini ramai yang duduk-duduk santai mengambil angin petang.Tak kurang juga yang berjogging tawaf satu kolej bersaingan.Pasukan ragbi pun sakan bunyinya berlatih di tengah Padang Delta.
"Halt." Jen tiba-tiba menarik tangan Addin agar berhenti berjalan.
Huh?! "Apahal?" Dia memandang Jen pelik.
______________
to be continued....heh