~
~
~
“Addin okay?”
Fisha dan Jen
angguk. “Pa’e tengah jaga dia.Panas badannya.”
“Luar alam
Mama Leha tu pun!!”Kurt geleng kepala.Perjumpaan di depan kolej kediaman puteri
tu semata-mata membincangkan keadaan Addin.
“Aku rasa
dia merana hati lagi teruk dari dia merana fizikal.”Agul bersuara perlahan.
Yang lain
mengangguk.
“Bagi ni
pada dia.” Reza menyua beg plastik berisi pear,kiwi dan anggur pada Jen.
“Kirim salam kitorang pada dia.”
Jen dan
Fisha mengangguk.
“Bagi kaset
RCHP ni kat dia.” Q’d mengeluarkan kaset itu dari poket seluarnya. “Psychology
might help.”
“Aku
tarappappa la...”Addin mendengus. “Amende korang layan aku macam budak sakit ni?!”
“Banyak kau
tarappappa!”Jen meletakkan tuala lembap ke atas dahi Addin.
Fisha geleng
kepala. “Makan ni.” Dia menyua sepotong kiwi ke mulut Addin. “Susah-susah
diorang paksa Cikgu Harun pergi beli tadi.”
Nak tak nak
Addin memaksa mulutnya menerima.Tiba-tiba dia bangun. “Aku nak gi bilik air
la.”Terus dia melangkah terhuyung-hayang ke arah bilik air.Tangannya meraba
meja belajar sebagai sokongan.
“Baik-baik!!Nanti
jatuh!!”
Sebaik
sahaja menutup pintu terus dia mngeluarkan telefon bimbit yang tersorok dari
saku sweaternya.Betul la..Dah pukul 6.30 sepertimana yang selalu
dijanji.Nasib baik kau tak berbunyi!Main vibrate je!Dia membuka flap.
“Amacam?Teruk
ke?!”Suara di sebelah sana cemas dan cuak. “Demam teruk ke tu?Nak pergi jumpa
doktor tak?” Laju ke suara tu menutur macam popcorn bertempur dengan
M16.
“OK..:Addin
menjawab lemah.Bibir mengukir senyum tawar juga.
“Lain kali
jangan buat macam tu,eh?Nyusahkan diri sendiri.Orang lain susah hati.”
Addin senyum
tawar. “Iye...Tau la...tau la....”
“Jaga
diri,kay.”
“Ye...tau la...tau la....”
Salam bersambut
sebelum talian diputuskan.Sony Ericsson kembali diseludup ke dalam saku sweater.Dia
memejam mata sambil menyandarkan badan ke pintu.Nafas berat dilepas.Perlahan-lahan
dia membuka pintu.
_______________
the complete version of the episode'll be made available in the printversion,insya-Allah.tq