Langkah mereka sama tersusun mengikut trek pejalan kaki
tu.Addin meregangkan kedua belah tangan ke depan sambil memusing-musingkan
letak leher.Angin petang Sabtu tu berpuput damai.Dia dan Fisha sama bersetuju
nak keluar jalan ambil angin.Kepala dah naik tepu dengan benda-benda yang kena
belajar.Semuanya benda baru.Naik sengal kepala!
Gazebo-gazebo
keliling kolej banyak yang dihuni.Ada yang duduk lepak.Ada yang dihuni keluarga
yang datang berkunjung sempena hujung minggu.Ada juga yang duduk santai di
bawah pokok.Babyface dan Des’ree menyanyikan Fire dari earphone.Sekali
lagi walkman tu selamat diseludup keluar dari kolej kediaman.Fisha di
sebelahnya turut sama santai menapak mengambil angin petang.Jen dengan Pa’e
keluar outing.Tak nampak lagi kelibat mereka masa nak keluar bilik
tadi.Tak balik lagi la tu.Sakan entah shopping apa la gamaknya kat pekan
tu.
“Addin!!Fisha!!”
Langkah
mereka sama terhenti.Serentak mereka berpaling ke Taman Delta di tepi Padang
Delta,arah punca suara yang memanggil.
Kurt dan
Matt berdiri bercekak pinggang sambil melambai ke arah mereka.
Addin dan
Fisha berpandangan.Langkah ditukar destinasi.
“Ada class
gathering tak bagi tau ke ni?” Fisha sengih pada hampir separuh isi kelas
yang bersidai di bawah pokok di tepi padang tu.Kurt dan Matt dah kembali duduk
bersila di sebelah Reza dan Agul yang sama bersandar pada perdu pokok ketapang
di belakang mereka.DN,Ku’ai,Afi, dan Iwa sama duduk bersila menghadap Padang
Delta.Padi hanya tiga saat mengangkat muka dari komputer ribanya memberi senyum
segaris.DC dan Iman pula sakan melaung memberi kata semangat gaya entah apa ke
tengah padang.
“Korang buat
apa kat sini?” Kening Addin terangkat sebelah. “Tengok orang training ragbi
ke?” Dia mengalih pandang ke arah Padang Delta yang riuh dengan sesi pemilihan
untuk skuad ragbi kolej.
“Lepak.”
Matt membalas sengih. “Aku kirim pizza kat DN dengan Ku’ai.Join sekali?”
“Kitorang
kan tak boleh keluar minggu ni.Giliran girls keluar.” Reza buat muka.
“Hampeh!Bosan berchenta aku satu hari melangut kira retak atas siling kat bilik
tu.”
Ketawa
pecah.
“Korang nak
pizza?” Afi yang bersila di atas rumput menghulur salah satu kotak pizza yang
terbuka ke arah Addin dan Fisha.
“Boleh je.”
Addin dan Fisha terus sama duduk bersila di antara Ku’ai dan DN.
“Mana korang
rembat pizza ni?” Fisha membawa sepotong Hawaiian Chicken ke
mulut.Matanya bertanya pada DN. “Ada pizza parlour ke kat pekan tu?”
“Ada bakery
yang cambest. Ma Rose Bakery.” DN sengih. “Kira not bad la kan pizza
dia?
“Aku rasa
lagi sedap dari Pizza Hut je.” Addin angkat kening double-jerk.
“Setuju!”
Yang lain semua angkat tangan kecuali
Padi.
“Padi.”
“Hmm?” Padi
angkat muka dari Acer Texas Instrument 670 CDT di riba.
“Kau ni memang
tak boleh nak pisah eh dengan laptop kau tu?” Fisha angkat kening
sebelah.
Agul yang
masih bersandar ketawa. “Kau jangan tak tau Fisha.Padi tu waktu pergi
sembahyang dengan masuk bilik air je dia tinggal laptop dia tu.Tidur pun
dengan menatang tu jugak.Tak paham aku!”
Padi sengih.
“Chenta hati pengarang jantung aku ni.”
“Kau rembat
mana sebenarnya laptop tu?” Kurt mencapai sepotong lagi pizza. “CEO je
yang aku tau pakai menatang tu.”
“Abang
sedara aku.” Padi sengih. “Sorang belajar kat Jepun.Sorang lagi kat States.Diorang
la tukang survey aku.Yang ni aku rembat kat States.”
“Berkoyan
duit kau nak beli benda tu.” Kening DN terangkat sebelah.
“Banyak
benda boleh buat dengan benda ni.” Padi senyum misteri. “Buat duit pun boleh.”
“Hooo..!!”
“Wei Padi....kau
tulis cerita kanak-kanak ke buat jual?”
Sakan ketawa
pecah lagi.
Addin senyum
sendiri dalam hati.Aku suka suasana macam ni.