Seminggu menjejak Minggu Akademik 1.
Addin
menadah tangan membaca selawat,membuka doa yang bertampal di atas dinding
berhadapan dengan meja belajarnya tu.Doa-doa yang dibekalkan opah.
“ Ya
Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat
Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang".
(al-A’raf:151)
Ini doa Nabi
Musa selepas dia balik dari berbicara dengan Allah dan menerima perintah.Yang
bila dia balik je pada kaum dia,Samiri dah mengajak orang lain agar sesat dan
sembah patung anak lembu.
"Wahai
Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi
kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (Al-Kahfi:10)
Ini pulak
doa pemuda-pemuda dalam cerita Ashabul Kahfi tu masa melarikan diri dari raja
zalim.
“Ya
Tuhanku, Sesungguhnya Aku Telah menganiaya diriku sendiri kerana
itu ampunilah aku” (Al-Qasas:16)
Ini pun doa
Nabi Musa,yang dibaca selepas dia terbunuh seorang Qibti yang bergaduh dengan
seorang bangsa Israel di tengah pasar.Yang dibaca untuk memohon ampun.
"Ya
Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Thahaa:114)
"Ya Tuhanku Aku berlindung kepada Engkau
dari bisikan-bisikan syaitan.Dan Aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya
Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." (Al-Mukminun 97-98)
“Ya
Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.Dan mudahkanlah untukku urusanku.Dan
lepaskanlah kekakuan dari lidahku.Supaya mereka mengerti perkataanku.
(Thahaa:25-28)
Yang dari
surah Thahaa ni pulak doa Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah agar dadanya
dilapangkan untuk menghadapi Fir'aun yang terkenal sebagai seorang raja yang
kejam.
"Maha
Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah
Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha
Bijaksana.” (Al-Baqarah:32)
"Cukuplah
Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (Ali
Imran:173)
“Barangsiapa
bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan
memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.
Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaaq:2-3)
Yang dari
surah atThalaaq ni pulak Ayat Seribu Dinar.
“Maha
Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan.Dan
kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru
sekalian alam.” (As-Soffat:180-182)
Dan diakhiri
dengan penutup doa ni juga selawat.Sebab selawat tu umpama setem yang nak
membawa doa ke langit,tu pesan opah.Sebab tu kena buka dan tutup dengan
selawat.Agar berkat.
Ameen.
“Weh
korang.”
Tiga kepala
berpaling dari meja masing-masing.
“Menatang
apa kalium permanganat ni?” Pa’e garu kepala merenung buku amali kimianya.
“Permanent-apa?”
Kening Jen terangkat sebelah.
“Paman-ngan-what?”
Herot rasanya bibir nak mengulang.Addin dahi berkerut.
“Weh....kalau
paman tu aku pun tau.” Pa’e ketawa. “Tu pak cik dalam bahasa Jawa.”
Ketawa pecah
tanpa penapis di GT1-09 tu walaupun jam dah lewat 12.30 malam.
~~
“Kau nak
kira apa?”
“Luas
tembereng.Minor.”
“Pakai formula
yang ada sinӨ tu.”
Addin muka
kelam.
“Yang ada (½
j²Ө) – (½ j² sin Ө) tu.”
Muka Addin
dah makin hijau.
“Tak pun
pakai yang ½ j² (Ө - sinӨ) tu.”
Addin dah
melompat bangun dari kerusinya menerpa ke arah bilik air.
“Ei
Addin!Kau kenapa?!” Fisha,Pa’e dan Jen sama bulat mata.
“Aku nak
termuntah!”
_____________
*** the complete version of the episode'll be available in the printversion,tq