“Beta1,Beta2,Theta1,Theta2,Gamma1,Gamma2”Fisha meneliti papan
tanda di atas kepalanya. “Mana Alpha nye?”
Addin di
sebelahnya tak memberi jawapan.
“Kau dengar
tak aku tanya ni?”
Huh!
“Amende?”
Fisha geleng
kepala.Aku la budak walkman ni... “Telinga kau sumbat dengan earphone
ke?!”
“Mana ada
aku bawak.Serik-serik la sikit...”Addin sengih. “Cuba tanya mamat tu.”Dia
mengisyaratkan kepalanya pada seorang pelajar lelaki yang lalu di hadapan
mereka.
“Err...saudara!!”Addin
memandang Fisha dengan mata bulat.Saudara?!Formal katak!Fisha sengih membalas
pandangan Addin.
Budak yang
lalu di hadapan mereka itu menghampiri. “Ya,ada apa?”
“Awak tau
kelas Alpha1 4 kat mana?”
Addin sedaya
upaya menahan ketawa.Dia menarik lengan Fisha. “Tak payah la.Aku dah
nampak.Sebelah Gamma2.”Dia berlalu meninggalkan mamat tu sambil menarik tangan
Fisha. “Terima kasih,saudara.”
Bila agak
jauh sedikit Fisha mencengil. “Apa la kau bagi malu aku.Dah la mamat tu sikit
punya kacak.”
“Apa la kau
punya taste teruk betul!”Addin menjeling ke belakang.Mamat tu budak
Theta2.
“Sekolah ni
pun satu.Ada ke nak tutup papan tanda kelas dengan daun.”Fisha mencebik.
“Jatuh saham aku!”
Mereka tiba
di depan pintu Alpha1 4.Betul la tempatnya.Fisha menjenguk ke dalam.Aiyee...Dah
penuh dengan budak.Kembang matanya dengan uniform kelabu-biru tua.Addin gaya
lepak membelakangi pintu.Memerhati bangunan keliling.Alemak!Mati Addin
camni!Fisha tepuk dahi dalam hati.Minah Eviena tu pun kat sini!
“Macam mana
kita nak masuk ni?”
Addin buat
kening double-jerk. “Cara gaya sheriff masuk kasino.”Dia sengih.
Fisha turut
sengih.Mereka beriringan masuk ke dalam Alpha1 4 dengan muka toya.Kelas reda
sebentar melihat orang baru masuk.Terdengar budak perempuan berbisik “Budak walkman!”
Fisha cepat
mencari dua tempat kosong di tepi tingkap.Addin mengekor di belakang.Buat tak
nampak dengan jelingan membunuh Eviena.Heh!Ingat mandat bapak kau besar sangat ke?!Ingat
orang takut?
“Ada girls
pakai tudung aa...”Reza menjeling seat tepi tingkap.
“Aku ingat
anak orang kaya semua rosak akhlak.”Kurt ketawa.
“Macam tu.”Matt mencebik ke arah sekumpulan
girls di belakang kelas. “Aku dengar nama semua macam Minah Salleh.”
“Amendenye?”Agul
scan geng belakang.
“Ntah.Aku
dengar gitu-gitu je.Ada nama Elle,Eve,Natalie..pekenama lagi ntah.”Matt geleng
kepala.
“Natalie?”Deq’Ken
angkat kening sebelah.
“Imbruglia?”Kuman
ketawa.
“Dah la
Net....Tali pulak tu.”Reza menolak rambut depan ke belakang.
Angkatan
budak lelaki di pintu ketawa.
“Eve,budak walkman
tu kelas ni aa...”
Padi yang
tengah khusyuk dengan komputer ribanya pasang telinga.Walkman Kid?Produk
baru ke?
“Dah la
pakai tudung pulak tu.”Minah di sebelah budak yang bercakap tu mencebik.
Joe yang di
sebelah Padi yang tengah syok bersembang merendahkan sedikit
suara.Heh..hehe...Dengar perempuan mengutuk best jugak ni!Aufa,DC,Iman,Casper
sengih.Faham!!
“Eee...kolot!”Budak
yang nama Eve tu menambah sambil menjeling menyampah ke arah tingkap.
“Ntah dari
kampung mana dia datang agaknya.”
Fisha dah
buat kawan dengan geng di sebelah mejanya. Ku’ai... Didi... DN... Iwa.. .Afi...
Huh!Sempoy.Addin di sebelahnya masih leka dengan The World Hell yang
dibawanya dari kolej kediaman.Jen dengan Pa’e masuk Gamma2.Nak ambil subjek Teknologi
Maklumat punya pasal.Masuk Alpha kan baguih?Biologi tu kira menarik apa...Tak
ke?
“Fisha.”
Fisha
berpaling. “Apa?”
“Kita je ke
yang ‘beriman’ sikit?”Addin merendahkan suara.Takut kawan-kawan barunya
terdengar.Dia sengih bertanya.
Pandangan
Fisha menebar keliling kelas. “Lebih kurang la kot.”Ujarnya sambil tersengih
bila pandangan mereka bertembung kembali.
“Morning,class!”Kelas
kelam kabut bangun.Cermin mata Agul nyaris tergelincir dari batang hidungnya
melihat pemandangan di depan mata.Reza mengucap dalam hati.Matt sedikit
menggeleng kepala.Ini cikgu ke...Pekerja Royal London Circus?!Meriahnya
warna baju dia....Trend baru ke?Dalam GQ hari tu aku baca takde cerita
pun!
Cikgu yang
baru masuk tu meletakkan buku kedatangan atas meja guru. “Sit down boys and
girls.I’m your class teacher.”Dia menebar pandangan ke seluruh kelas. “My
name is Miss Hajar.I’m also your English teacher.”
Budak-budak
Alpha1 4 menelan liur sambil mengulang nama itu dalam hati.
“Introduce
yourself,please!”
Reza yang
duduk paling tepi dekat pintu automatik bangun. “I’m Reza Akram Mohd.
Alauddin.”Dia berhenti seketika.Apa lagi aku nak kata?!
“Your
hometown and your dad’s profession?”
Huh?Kening
Reza terangkat sebelah.Apakah kerelevanan abah aku kerja apa dalam nak
perkenalkan diri sendiri?Tak paham....
Addin
melepas nafas perlahan sambil menggeleng.Fisha berpaling ke arahnya dengan
kening terangkat bertanya.
“People
can be so vain at times.” Addin menutur rendah dengan mata pada Miss Hajar.
“Memang semua orang kat sini tengok harta ke?”
“Sebab ni
sekolah private kot.” Fisha turut menutur rendah dengan mata pada si
Reza Akram yang masih memperkenalkan diri.
“Selangor.Err...Contractor?”
Reza duduk.
“Kau kata je
la bapak kau abang Sultan Brunei.” Fisha sengih selamba pada Addin.
Addin
sengih. “Bapak kau?”
“Abang ipar
Bill Gates pun bunyi macam best je.”
Dan...
__________
*** the rest of the episode'll be available in the printversion,tq